Salam ukhuwah .. Buat pertama kali KalamNuraz muncul di alam maya setelah bertahun lamanya menjadi pembaca misteri kepada blog-blog yang ada di alam siber.
Kemunculan blog ini adalah bersumberkan inspirasi dari insan sekeliling yang sentiasa memberi semangat dan juga dorongan bagi mewujudkan sebuah blog milik peribadi agar dapat mencetuskan rasa, meluahkan idea juga membuahkan fikiran sendiri.
Moga dengan lahirnya blog ini akan dapat menjadi wadah perkongsian maklumat yang luas juga ilmu pengetahuan yang tidak terbatas. Agar kita dapat melihat sesuatu dari sudut yang tidak dilihat oleh orang lain melalui Perjalanan Pencarian Kebaikan dalam dunia yang hanya sementara sebagai bekalan menuju tempat yang ABADI.
Hanya Allah sahajalah tempat memohon pertolongan, dan daripadaNYAlah datang sokongan dan pembetulan..
Sedikit santapan hati...
Belajarlah, sebab manusia itu tidak dilahirkan terus menjadi alim...
Dan tiadalah orang alim itu dapat disamakan dengan orang jahil.
Sesungguhnya seorang ketua kaum yang tiada sedikit pun padanya ilmu...
Dipandang kecil apabila dikelilingi orang ramai yang berilmu.
(Umar bin Abd.Aziz)
Pertemuan Pertama
KalamNurAZ
Merupakan seorang musafir jalanan yang suka berjalan, melihat dan mentafsir. Tujuan utama mencatat di sini agar tidak lupa apa yang dibaca dan dilihat. Juga seorang yang suka membeli dan sentiasa teruja dengan buku walaupun terkadang liat untuk terus membaca. Seorang yang begitu minat dengan karya-karya Habiburrahman el-Shirazy. Alhamdulillah telah berjaya menamatkan Ijazah Pertama dalam bidang Syariah dengan pengkhususan Sains Politik dari Universiti Malaya dengan tajuk Perlanggaran Hak Asasi Manusia Di Gaza: Kajian Menurut Perspektif Islam. InshaAllah, kini sedang berusaha untuk terus bermujahadah dalam meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Syariah.
Kadangkala ada kata yang tidak terucap oleh lidah, juga titis tangis yang tidak tertahan di empangan mata, maka tulisan mengukir untuk menyampaikannya, dalam PERJALANAN PENCARIAN KEBAIKAN di mana sentiasa berusaha menghasilkan suatu sifat qanaah dari segi mental dan mata hati..