Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

Mesir : Perlukah Terus Taat Kepada Pemimpin?

 


Rentetan revolusi di Tunisia, bahangnya terus dirasai oleh rakyat Mesir tika ini. Setelah 30 tahun berada dalam cengkaman Hosni Mubarak sejak 1981-2011, Mesir tidak menampakkan apa-apa perubahan. Bahkan yang lebih jelas adalah kemunduran tanpa pembangunan. Sudah 3 dekad lamanya,  jumlah populasi penduduk yang  hampir mencecah 78 juta terus sarat hidup dalam kemiskinan dan pengangguran disamping berleluasanya rasuah. Rumah-rumah dibina atas kuburan, prasarana tidak dibaik pulih, pendidikan tidak diambil berat, kesihatan rakyat langsung tidak dipeduli. Kepimpinan jenis apakah yang digunakan oleh Hosni Mubarak ini?! Apa yang pasti, nama beliau terus tercatat sebagai "Bapa Pemunduran Mesir".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit Suatu Peringatan

Alhamdulillah tak terucap syukur saya panjatkan, hari ini sistem ketahanan badan semakin kembali normal setelah beberapa hari dilanda demam panas. Demam sehingga mata berair membanjiri kelopaknya, telinga pula berdesing seolah diketuk pemain gamelan, dunia seakan tampak kekuningan dan kepala ligat berputar mengelilingi satu dunia disebabkan terlalu sakit dan pening. Cukup membuatkan untuk saya mensyukuri nikmat sihat yang Allah anugerahkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Amanah dan Janji

Andai ada yang bisa memahami keadaan diri tika ini, lemah tidak berdaya akibat demam panas yang melanda beberapa hari. Lama betul rasanya tidak menjenguk alam maya apatah lagi melakar sesuatu di pondok buruk ini. Malam yang cukup dingin dengan suhu badan yang masih tidak stabil cuba menggagahkan diri untuk menulis sesuatu sebagai medan luahan hati.

Kepala yang sememangnya dah pening ditambah lagi dengan beberapa kepeningan yang lain. Dua hari sebelum ini, didatangi seorang sahabat dari sebuah persatuan yang sama dengan menyatakan suatu amanah kepada saya. Ketika itu, diri ini memutuskan untuk tidak menerima atas alasan terlalu banyak tugasan yang penting perlu diselesaikan segera. Alasan itu hanyalah sebagai hujah bagi mengotakan sebuah janji untuk tidak terlibat lagi secara aktif dalam aktiviti berpersatuan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hindari Perpecahan

Perbezaan pandangan, fahaman dan pendapat di kalangan umat Islam sering terjadi di dalam masalah-masalah furu' iaitu mengenai masalah yang tidak jelas nasnya di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Perbezaan fahaman dan pendapat ini berlaku pada persoalan-persoalan baru yang belum ada ketetapan hukum atau nas. Oleh sebab itu, hukum tersebut perlu ditetapkan melalui proses ijtihad dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Tetapi masalah-masalah furu'iyyah ini tidak sepatutnya hingga boleh memecah kesatuan ideologi Islam yang menyebabkan umat Islam berpecah belah seperti yang terjadi pada hari ini. Hal ini kerana, Islam telah menetapkan jalan dan cara penyelesaian kepada masalah-masalah furu'iyyah dengan adanya prinsip musyawarah yang merupakan salah satu daripada constitutive ideas yang perlu dilaksanakan oleh seluruh kaum muslimin.

Penyebab Perpecahan Umat Islam

Salah satu sebab timbulnya perpecahan kepada beberapa golongan di kalangan kaum muslimin pada hari ini adalah kerana kesilapan kita merumuskan ideologi Islam. Umat Islam silap menempatkan hukum yang bernilai zhanni di tempat yang qat'i. Kita memegang masalah-masalah furu' tetapi kita tinggalkan prinsip-prinsip kewajipan yang menegakkan wahdatul ummah dan melaksanakan musyawarah. Oleh sebab itu, maka telah timbul golongan-golongan atau firqah-firqah dan parti-parti sebanyak masalah furu' tersebut. Sebagai contoh, ada yang menjadikan ideologinya terus menerus pada masalah qunut dalam solat Subuh. Juga dalam masalah solat Teraweh 8 rakaat atau 20 rakaat, masalah niat yang dilafazkan dan yang tidak dilafazkan, masalah solat hari raya di tanah lapang atau di masjid hinggalah kepada masalah-masalah taktik perjuangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Second Chance

Setiap hari setelah membaca berita-berita online dalam negara, saya pasti meminati berita-berita yang dipaparkan oleh Chicago Tribune. Apa yang menarik perhatian saya adalah berkenaan paparan berita mengenai Ted Williams yang bertarikh 11 Januari 2011.


Pasti ada yang masih tidak mengenali siapa Ted Williams, 53. Hanyalah seorang insan biasa yang tidak terkenal bahkan pernah menjadi penagih dadah dan alkohol. Beliau merupakan seorang pengemis yang tinggal di jalanan sekitar Ohio Amerika Syarikat dan lahir serta dibesarkan di Brooklyn New York. Orang seperti beliau banyak kita dapati sekitar ibu kota yang merempat akibat kesusahan hidup yang dihadapi. Tapi apa yang menarik ingin saya bicarakan adalah beliau bakal menjadi jutawan!!. Ini disebabkan beliau mempunyai bakat semula jadi yang ada padanya kerana memiliki suara emas hingga digelar - Homeless Man with Golden Voice. Bila saya search nama beliau di you tube, rupanya beliau kini semakin popular apabila pengunjung yang view video dia mencecah 6 juta penonton.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konflik Masa


Cuti empat hari for every week from Thursday to Sunday akan ditempuh sepanjang meniti hari untuk final semester kali ini. Empat hari merupakan suatu masa yang cukup lama dan bermacam-macam perkara boleh dilakukan.

Bermula last week saya melalui empat hari tersebut. Entah kenapa saya merasa tidak gembira dengan masa terluang yang telah sekian lama tidak terbentang luas seperti sekarang. Sepatutnya saya perlu gembira dan ceria kerana syarat-syarat kegembiraan itu ada. Kalau dulu, kepenatan yang berpanjangan dengan kesibukan yang menekan di alam kampus hinggakan tiada masa lompong kosong untuk bersantai tidak terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Tetapi kenapa air muka saya masih sedih setelah empat hari cuti yang dilalui? Saya cuba untuk tersenyum, tetapi cermin diri masih mempamerkan raut wajah yang hambar. Saya tidak berniat untuk melukiskan raut wajah itu di hadapan sahabat-sahabat saya terutama pada sahabat rapat sendiri. Tetapi sudah beberapa orang menegur dan bertanya kenapa nampak sedih? ada masalah? penat?

Entah....saya sendiri puas mencari punca. Meneliti satu persatu kotak fikiran dan perasaan. Ada apa yang tak kena dengan saya hari ini. Saya cuba duduk kira-kira setengah jam di belakang bangunan block kediaman. Bermuhasabah mencari penjelasan. Saya amati betul-betul dan cuba mengingat kembali setiap perkara yang saya lakukan setiap hari, di mana cacat celanya? Jauh di benak saya ketika memikirkannya, saya tersentak kerana rupa-rupanya masa kosong yang luas terbentang itu tiada warna. Setiap apa yang saya buat semuanya kelabu tidak bermanfaat. Masa yang sepatutnya perlu diseri dengan menghabiskan sebuah buku, dan tugasan lain, tiada hasilnya. Kosong dan lompong. Masa kosong sepatutnya sangat menenangkan. Tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya. Itulah kedukaan saya.

Al-Hakim dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabdanya:

"Rebutlah lima perkara sebelum lima: Masa hidupmu sebelum mati, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, dan masa kayamu sebelum miskin."

Juga dalam suatu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda:

"Orang Mukmin yang kuat lebih utama dan lebih dikasihi Allah daripada Mukmin yang lemah, dan semua itu ada baiknya. Jagalah baik-baik apa yang boleh memberikan manfaat kepada kamu, dan sentiasalah memohon bantuan daripada Allah, dan jangan bersifat malas! Andai kata kamu ditimpa sesuatu, janganlah katakan 'kalaulah aku buat begini tentulah tidak berlaku', tetapi katakanlah: Allah telah mentakdirkan, dan apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana 'kalaulah' itu membuka pintu untuk campur tangan syaitan."

Setiap penyesalan itu memang selalu hadir terkemudian. Masa lampau tidak akan pernah kembali walau jam di tangan diputar beribu kali. Usah disesalkan apa yang berlaku. Tapi cukuplah kita menyedari bahawa hakikat hidup ini bukan untuk bersenang-lenang, agar tidak terus tenggelam dalam realiti arus duniawi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Sihat !


Bila dengar sahaja bab kesihatan, pasti suma bersemangat untuk sihat. Tapi untuk terus konsisten melaksanakan kaedah-kaedah kesihatan tentu amat berat sekali bagi sesetengah orang. Kita sering kali mendengar kaedah saintifik yang diperkenalkan oleh para pakar bagi amalan hidup sihat. Tapi kali ini KalamNuraz ingin berkongsi kaedah-kaedah kesihatan yang telah dianjurkan oleh Islam sebagai amalan kita setiap hari. Cukup mudah dan amat practical.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS