Kenapa soal hati yang menjadi tajuk perbincangan KalamNuraz ? Ini kerana, hati adalah segala-galanya. Baik buruknya seseorang itu bergantung pada hatinya. Pasti ramai yang pernah mengalami perasaan geram, sakit hati, benci terhadap seseorang. Kalau tidak, masakan pula kita terdengar ada yang sanggup putus saudara hanya kerana perasaan-perasaan seperti ini. Namun ada juga yang bijaksana dan professional dalam menangani setiap perasaan tersebut. Tetapi berapa ramaikah yang mampu mengawal hati mereka?

Hari demi hari berlalu, strawberry tersebut pasti akan mulai mengecut dan kehitaman. Akhirnya buah-buah yang ada dalam plastik itu mula menjadi busuk. Sesiapa pun yang membawanya ke mana sahaja, pasti akan merungut dan marah kerana tidak tahan dengan bau yang kian membusuk saban hari. Orang di sekeliling kita juga pasti akan kurang senang dengan bau beg plastik strawberry yang ada bersama kita.
Maka, inilah sebenarnya yang berlaku jika kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana sahaja kita akan pergi. Jika kita sendiri tidak boleh tahan dengan bau strawberry yang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa pula akan terjadi jika kita menyimpan kebencian sepanjang hidup kita. Kerana segala yang busuk lagi membusukkan itu, ada watak yang memainkan peranan dengan cukup baik dan bijaksana.
“…Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh (batiniah) yang nyata.”
(Surah Yasin : 60)

“…Beruntunglah sesiapa yang menyucikan hatinya. Dan rugilah orang yang mengotorinya.”
(Surah asy-Syams :9-10)
Belajarlah memaafkan orang lain dan jangan sesekali segan untuk meminta maaf. Biar kita hina pada pandangan manusia, jangan kita hina pada pandangan Allah.