Semasa berjalan melihat dan mentafsir, KalamNuraz amat tersentuh apabila menyedari semakin hari semakin ramai para pengemis yang cuba mengharapkan belas kasihan orang ramai. Dalam pengamatan KalamNuraz baru-baru ini semasa turun dari LRT menuju ke Central Market, pelbagai macam dan ragam mereka dapat diperhati. Ada yang terbaring, ada juga yang duduk di atas kerusi roda, juga ada yang mendukung anak yang masih kecil. Itu pemandangan sekitar ibu kota dan ada juga yang begging kat pasar malam or preying on customers kat kedai kopi.
Ladies Coach
Kali ini KalamNuraz tidak ingin terlepas untuk turut berkongsi rasa syukur dan terima kasih kepada KTM Komuter kerana telah menyediakan ladies coach bagi para ladies yang ada kat Malaysia ni. Mungkin agak terlambat menyedari hal ini berbanding orang lain. Bukan sebab tak mengikuti perkembangan semasa, tapi sibuk dengan final exam (ayat cover)(",).
Kau Sahabat Kau Teman
Sudah genap 40 hari dia pergi. Tiba-tiba hari ini perasaan hiba dan rindu yang teramat sangat kembali menyelubungi hati pada dia seorang teman yang amat rapat dengan diri ini suatu ketika dulu. Terasa sakit yang menekan dalam jiwa bila teringat bahawa hingga saat nafasnya yang terakhir pun diri ini masih tidak sempat bersua muka dengannya. Kini dia dah pergi selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)