Semakin cuba dilupakan semakin pula kepala ini ligat memutar kembali setiap detik dan kenangan bersamanya. Keakraban ini bermula apabila saling mengetahui bahawa kami dilahirkan pada hari yang sama, juga ditahun yang sama. Oleh itu, semua sahabat yang mengenali persahabatan ini lebih selesa menggelarkan kami sebagai TWIN. Betapa uniknya persahabatan ini dan indahnya sebuah ikatan ukhuwah itu yang lahirnya dari hati semata-mata kerana Allah S.W.T yang mana tidak pernah mengharapkan balasan atas setiap perkara yang dilakukan. Kalau dulu, tidur berkongsi bantal dan mimpi, setiap langkah pasti bersama, setiap masalah bersama dihadapi, hinggakan keluarga diri ini juga dianggap sebagai keluarganya. Setiap kali pulang ke rumah, dia juga pasti ikut bersama. Bila cabaran datang bertimpa, saat diri ini merasa lemah tidak berdaya, dia terus memberi semangat untuk terus bangkit menongkah arus. Dialah juga seorang teman yang sangat ceria dan tabah. Setiap senyum dan gelak tawanya yang kecil pasti menghiburkan hati sesiapa sahaja. Betapa cerianya persahabatan ini yang mana hampir setiap perkara dikongsikan bersama. Suka diri ini memetik madah yang diucapkan oleh suku kaum Asad:
"Sekiranya rakanku tiada menunggang dibelakang untaku
Sama bergaya, maka tiada ertinya tungganganku
Jika temanku tiada punyai separuh simpanan makananku
Tiadalah guna makanan itu dan tiadalah erti kelebihanku
Kami berkongsi semua harta yang kami punyai
Kami berkongsi semua harta yang kami punyai
Inginkan di hati biarlah dia yang lebih bukan aku."
Pada malam terakhir berada di asrama setelah tamat SPM, sepanjang malam tersebut kami bersembang merencana masa depan yang bakal kami tempuh dengan tidak melelapkan mata pada malam itu hinggalah dia menghantar diri ini terus ke pintu kereta keesokannya. Tapi nasib tidak menyebelahi kami untuk terus bersama kerana diri ini perlu meneruskan perjuangan lagi di medan yang penuh dengan cabaran. Walaupun terpisah dek masa dan tempat, tapi ikatan yang telah sekian lama terbina tidak pernah sunyi daripada terus merindui satu sama lain.
Terkenang kembali kesungguhannya ketika dahulu bahawa dia hendak pastikan diri ini ada di hari pernikahannya nanti. Tapi masa tidak mengizinkan, memandangkan waktu cuti di kampus tidak kena dengan tarikh yang dipersetujui oleh dua keluarga yang telah sepakat untuk menyatukan dua hati dalam suatu ikatan yang pasti. Diri ini tetap merasa gembira dengan berita tersebut walaupun menjangkakan tidak dapat hadir ketika itu. Empat bulan sebelum tarikh pernikahannya, dia menghubungi berkali-kali untuk menyatakan bahawa dia teringin sangat hendak berjumpa sebelum berakhir dunia remajanya dan ada sesuatu yang ingin dia bicarakan. Bukanlah maksud hati menolak hasratnya untuk ketemu, tapi kekangan masa ketika itu membuatkan diri ini terasa berat untuk meluangkan sedikit masa. Teringat hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Baihaqi, ath-Thabarani dan al-Hakim daripada Nabi s.a.w katanya :
"Ziarah orang yang jauh nescaya bertambah kasih sayang."
Dia tidak pernah putus asa untuk cuba bertemu diri ini pada tika itu, hinggalah panggilan telefonnya yang terakhir. Diri ini berkata padanya, "Jangan risau..pasti kita akan ada peluang lagi untuk ketemu di lain masa kalau kita tidak dapat berjumpa ketika ini." kerana ketika itu beberapa hari sahaja lagi diri ini perlu pulang ke kampus. Dengan rasa kecewa dan mungkin sedikit kesal di sudut hatinya, kedengaran sayup-sayup suaranya berkata "Tak apalah, mungkin tak ada rezeki kita nak jumpa". Sedikit pelik dengan kata-katanya namun diri ini cuma membiarkan sahaja kerana menganggap mungkin dia sedikit emosi sebab dah terlalu lama kami tidak ketemu.
Seminggu sebelum tarikh pernikahannya, diri ini mendapat panggilan bahawa dia sedang dirawat di hospital kerana dikatakan menghidap Kanser Tiroid. Jauh di sudut hati teringin benar untuk menziarahinya. Tapi masa tetap tidak mengizinkan kerana berada dalam tempoh study week ketika itu. Kemudian dua hari sebelum tarikh pernikahannya, diri ini mendapat panggilan lagi. Kali ini cukup menyesakkan dada bila dikhabarkan keadaannya semakin tenat. Hanya mampu berdoa moga Allah memberi peluang untuk kami bertemu walau seketika. Lewat setengah jam kemudian, panggilan kedua diterima. Cukup meluluhkan hati bahawa dia telah pergi buat selama-lamanya di kala dia masih diperlukan, di kala persiapan perkahwinan semua telah tersedia. Rasa bagai dipukul ribut, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedih dan pilunya hati ini ketika itu.
Tujuan coretan ini bukanlah untuk berkongsi sedih yang dialami. Yang sudah pergi tetap pergi. Tidak akan muncul kembali di dunia fana ini. Cuma ingin berkongsi sedikit rasa bahawa hargailah sahabat anda ketika dia masih ada agar tidak wujud penyesalan di kemudian hari. Jika rasa ingin bertemu, usah dilengah-lengahkan dan jangan merasa kita seolah-olah akan hidup 20 tahun lagi. Penyesalan itu memang selalu hadir terkemudian, namun penyesalan yang muncul setelah datangnya kematian hanyalah sesuatu yang sia-sia. Masa lampau tidak akan pernah kembali. Sedarlah kerana sakratulmaut tidak mengira siapa tua, siapa muda, mahupun anak kecil hatta insan yang anda sayangi. Sakratulmaut tetap teguh menurut perintah Ilahi. Kerana mati itu pasti!...

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan " (al-Munafiqun : 11)
Dengan khabar kematian ini juga memberi peringatan kepada kita bahawa orang yang bijaksana akan terus mengumpul bekalan sebanyak yang mungkin untuk menempuh perjalanan yang panjang sebagai manfaat kita di hadapan Allah kelak. Orang yang lalai akan terus fokus pada kehidupan dunia, dan tidak pernah mempersiapkan diri untuk menempuh perjalanan panjang itu. Bahkan tidak terkesan sama sekali dengan kehidupan akhirat. Sebahagian besar kita hari ini tanpa disedari termasuk dalam golongan orang yang lalai itu sebagaimana disebutkan dalam surah Yunus ayat 92:
".......dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!."
Lebih tegas lagi disebutkan dalam surah al Insan ayat 27 :
"Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertakwa). "
Untuk itu, wahai sahabat yang masih mempunyai sahabat, hargailah mereka dan berbuatlah baik tanpa mengharapkan secebis apa pon balasan. Serta bersiaplah menghadapi pelbagai macam perubahan yang akan kita alami sepanjang perjalanan hidup yang amat panjang dan melelahkan ini. Berbekallah kita dengan sebaik-baik bekal iaitu Taqwa.
Selamat tinggal Sahabat. Semoga dikau ditempatkan ditempat yang mulia, setangkai doa dan juga Fatihah akan terus ku kirimkan.
Juga salam sejahtera kepada mereka yang menghuni negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami insyaAllah akan menyusul kalian. Dan cukuplah kematian itu menjadi peringatan buat kita yang masih hidup.....
Hayatilah lirik ini :
Kau Sahabat Kau Teman (HIJAZ)
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati
0 comments:
Post a Comment