Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

To Give Or Not To Give

Semasa berjalan melihat dan mentafsir, KalamNuraz amat tersentuh apabila menyedari semakin hari semakin ramai para pengemis yang cuba mengharapkan belas kasihan orang ramai. Dalam pengamatan KalamNuraz baru-baru ini semasa turun dari LRT menuju ke Central Market, pelbagai macam dan ragam mereka dapat diperhati. Ada yang terbaring, ada juga yang duduk di atas kerusi roda, juga ada yang mendukung anak yang masih kecil. Itu pemandangan sekitar ibu kota dan ada juga yang begging kat pasar malam or preying on customers kat kedai kopi. 




Bagi sesetengah orang, kemunculan pengemis di tepi sidewalk bangunan, di atas jejantas atau peminta sedekah bergerak sangat merimaskan. Namun, ramai juga yang tidak ambil kisah malah sentiasa mendekati mereka untuk menghulurkan sedekah atau sumbangan sebagai tanda simpati terhadap nasib golongan terbabit. Entah di mana silapnya, golongan ini makin bertambah walaupun operasi demi operasi dilakukan pihak berkuasa untuk menangkap mereka.

Persoalannya di sini, adakah negara kita tergolong dalam 100 World's Poorest Country seperti Pakistan, India, Vietnam, Philippines, juga Indonesia? Pasti ramai yang akan argue dengan menyatakan tidak sama sekali jika persoalan ini dikemukakan. Masakan mungkin Malaysia yang sedang melalui proses evolusi dan pematangan  melangkah maju sebagai sebuah negara moden lagi disegani dikatakan sedemikian rupa. Jika negara tidak miskin jadi apakah masih wujud rakyatnya yang tertindas hinggakan perlu meminta-minta untuk mencari sesuap nasi di celah bangunan tinggi terpasak ke langit biru? Saya tinggalkan persoalan ini di sini kerana saya punya pendapat peribadi.

Dalam Islam terdapat prinsip-prinsip keadilan sosial, dan pemeliharaan hak individu serta masyarakat yang mana menghuraikan masalah pengangguran samada terpaksa ataupun pengangguran yang malas. Bagi pengangguran yang terpaksa yang mana tiada jalan lagi untuk mendapatkan kerja padahal dia sungguh inginkan pekerjaan dan bersedia untuk menanggung segala consequency nya, maka ianya dapat diselesaikan melalui dua perkara :
  1. Wajibnya jaminan pemerintah terhadap orang-orang ini untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan yang cukup.
  2. Wajib kepada bantuan masyarakat terhadap mereka ini supaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
Dalam pada wajibnya jaminan pemerintah bagi mewujudkan pekerjaan bagi orang ini, ialah seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Anas r.a bahawasanya ada seorang dari kaum Ansar datang kepada Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah bertanya kepadanya : Tidakkah ada sesuatu di dalam rumahmu? 

Jawabnya: Ada, pakaian yang kasar, setengahnya kami pakai dan setengahnya lagi kami hamparkan, dan bekas yang kami minum air dengannya

Berkata Nabi: Bawakan keduanya kepadaku! Orang itu pun membawa kedua-dua barang itu kepada Nabi s.a.w, maka diambil kedua-dua dari tangannya lalu diberikan untuk dijual, katanya: Siapa mahu beli kedua barang ini? 

Berkata seorang: Saya mahu membelinya dengan dua dirham. Maka Nabi s.a.w pun menjualkannya dengan dua dirham, lalu memberikannya kepada orang Ansar itu, seraya berpesan kepadanya: Beli makanan satu dirham, dan segera kembali dan berikannya kepada isterimu. Dan yang satu dirham lagi belikan kapak dan bawakan ke mari

Orang Ansar itu pun membeli kapak dan membawanya kepada Nabi s.a.w, maka Nabi pun pasangkan kayu pada kapak itu dan menyerahkannya kembali kepada orang Ansar tersebut seraya berkata: Ambil kapak ini dan pergi mencari kayu, kemudian jual dan jangan datang lagi sehingga lima belas hari

Orang Ansar itu patuh akan arahan Nabi. Sesudah 15 hari dia pun datang dengan 10 dirham, yang dengan sebahagiannya dia dapat membeli pakaian dan sebahagian lagi dia dapat membeli makanan. Maka berkata Nabi s.a.w: Cara begini adalah lebih utama bagimu daripada engkau datang meminta-minta, sebab meminta-minta itu meninggalkan tanda di mukamu nanti di Hari Kiamat.

Manakala wajibnya bantuan masyarakat kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri, daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda berkata:

"Barangsiapa yang mempunyai kelebihan harta, hendaklah diberikannya kepada siapa yang tidak ada harta. Dan barangsiapa yang mempunyai kelebihan makanan, hendaklah ia memberikannya kepada siapa yang tidak ada makanan."

Sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Ath-Thabarani daripada Rasulullah s.a.w katanya:

"Tiada beriman kepadaku, siapa yang tidur dalam kekenyangan sedang jirannya di sebelah lapar, dan dia tahu yang demikian itu."

Manakala pengangguran bagi mereka yang malas dan benci bekerja ini pula, walaupun kerja itu ada dan dia mampu membuatnya, maka hendaklah dia diletakkan di bawah pemerhatian pemerintah. Kiranya pemerintah mendapatinya memang cuai dan malas untuk bekerja, hendaklah pemerintah menasihatinya dan mengingatkannya akan kebaikan dan manfaat dirinya. Jika dia ingkar dan tidak mahu bekerja, hendaklah pemerintah memaksanya dengan kekerasan dan mengerahnya untuk bekerja.

Ibnul Jauzi telah meriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau pernah menemui orang-orang yang menganggur, lalu beliau berkata kepada mereka: Kamu ini manusia apa? Jawab mereka: Kami semua bertawakkal kepada Allah. Jawab beliau: Kamu berdusta. Orang yang bertawakkal itu ialah orang yang telah menanam suatu benih di dalam bumi, kemudian dia betawakkal kepada Allah. Beliau kemudiannya berkata pula: Tiada dibenarkan seorang pun di antara kamu duduk di rumah dan meninggalkan mencari rezeki. Kemudian dia berkata: Ya Allah,ya Tuhanku! Berilah aku rezeki! Padahal dia tahu bahawa langit itu tidak pernah berhujankan emas atau perak. 

Diluar persoalan agama dan pelanggaran ketertiban umum, setiap wang yang  diberikan kepada para pengemis membuatkan mereka senang menadahkan tangannya kepada orang lain. Malah membuat pengemis semakin bergantung pada sumber tersebut yang akhirnya akan menjadikan kegiatan mengemis sebagai sumber mata pencarian mereka. Untuk melihat keadaan ini, empat wartawan Unit Khas Utusan Malaysia menyamar sebagai pengemis selama enam hari di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Dengan hanya berbekalkan tin kosong atau bekas minuman untuk tempoh dua hingga tiga jam, pendapatan seseorang pengemis di ibu kota boleh mencecah RM100. Sangat lumayan!. Umar bin al-Khattab r.a juga pernah melarang kaum fakir miskin menganggur dari mencari pekerjaan, kerana mengharapkan hanya hasil sedekah sahaja. Antara apa yang dikatakan pada mereka: Wahai kaum fakir miskin! Berlumba-lumbalah kepada memperoleh kebaikan dan jangan sampai kamu menjadi beban atas kaum muslimin!.

Islam juga telah membentuk Baitul-Mal (Treasury) untuk menerima zakat yang dikelolakan oleh negara Islam dan dijadikan perbelanjaannya kepada orang-orang yang berhak daripada fakir miskin, ibnu sabil, orang yang berhutang serta untuk membebaskan hamba sahaya. Sebagai contoh dari jaminan masyarakat Islam, dan cara berbelas kasihan, berkasih sayang serta membantu antara sesama sendiri ialah melalui kisah yang diceritakan oleh Muhammad bin Ishak. Yang mana pernah dahulu orang-orang di Madinah mendapat bantuan makanan, tetapi mereka tidak tahu darimana datang bantuan itu? Siapa yang memberinya? Apabila wafat Saiyidina Zainul Abidin bin Husain terhentilah semua bantuan itu. Kini barulah mereka mengetahui, bahawa semua bantuan yang mereka dapat setiap hari itu datangnya dari beliau, yang membawa ke pintu rumah mereka pada tiap-tiap malam hari. Setelah Saiyidina Zainul Abidin Wafat, didapati bekas-bekas guni di belakang dan bahunya, yang menunjukkan bahawa dia sendiri yang memikul barang-barang itu ke rumah-rumah janda dan orang-orang yang miskin.

Jika bersatu semua usaha-usaha pemerintah serta masyarakat dan individu-individu untuk mengatasi masalah kemiskinan ini, sudah tentu tidak akan ada lagi seorang pun yang miskin dalam masyarakat Islam. Tiada seorang pun yang masih kurang dan perlu sesuatu lagi, semuanya cukup dan mewah. Ketika itulah umat Islam akan merasakan kenikmatan hidup di bawah lindungan keamanan, ketenteraman, kesenangan, dan memperolehi jaminan penuh.

Inilah dia penjelasan Islam untuk mengatasi pengangguran dan meminta-minta. Ianya penuh adil dan rahmat dan juga merupakan suatu bukti yang terang sekali bahawa agama Islam itu ialah agama rahmat dan agama kemanusiaan serta keadilan yang telah diutuskan oleh Allah Ta'ala untuk menjadi pancaran petunjuk bagi umat manusia seluruhnya dan sebagai menara yang bercahaya untuk membasmi kegelapan hidup.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment