Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

Ladies Coach



Kali ini KalamNuraz tidak ingin terlepas untuk turut berkongsi rasa syukur dan terima kasih kepada KTM Komuter kerana telah menyediakan ladies coach bagi para ladies yang ada kat Malaysia ni. Mungkin agak terlambat menyedari hal ini berbanding orang lain. Bukan sebab tak mengikuti perkembangan semasa, tapi sibuk dengan final exam (ayat cover)(",).

Baru-baru ni saya dan seorang sahabat menaiki komuter Sentul-Port Klang route daripada Mid Valley ke Salak Selatan. Alangkah terujanya kami bila KTM menyediakan inisiatif untuk para wanita suatu tempat khas in the middle among the three coaches of every commuter train. Terdetik rasa kagum dengan keprihatinan pihak KTM Berhad mengenai masalah harrasment dikalangan pengguna komuter yang banyak sekali kita dengar sejak akhir-akhir ini.

Mulanya kami menyedari a pink banner kat platform and pole. Setelah train tiba, jelas menunjukkan wujud a special ladies coach yang mana banyak terlekat kat tetingkap dan pintu komuter a pink "ladies-only". 
Itu pun sedikit kehairanan kenapa masih ada lagi seorang lelaki masuk kat area tu. Nak kata tak pandai baca agak impossible sebab tengok dari gaya pakaian nampak educated. Nak kata tak faham bahasa dah terpampang lima bahasa tertulis kat situ (malay, english, arabic, chinese n hindi).

Mungkin petugas komuter perlu lebih mengawasi agar tak ada lagi male passenger yang cuba memasuki area ladies. Lepas je keluar daripada komuter, tetiba mata ni terus terfocus kat seorang wanita di celah puluhan lelaki kat dalam normal coach. Pelik benar saya rasakan. Jika berlaku gangguan lagi selepas ini tanggunglah sendiri dan jangan asyik menyalahkan pihak tertentu tanpa membuat penilaian yang sewajarnya. 
Apapun saya merasakan cukup selesa dan senang hati sepanjang menggunakan komuter kali ini tanpa perlu bersesak dan berebut-rebut lagi dengan para lelaki. Thumbs up to KTM Berhad. Dengan penuh pengharapan, saya amat berharap perkhidmatan awam lain juga dapat mencontohi kreativiti yang ada pada KTM Berhad. Seperti yang kita dengar, 1 disember lalu perkhidmatan bas khas untuk wanita telah dilancarkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL). Meskipun ianya baru ditahap percubaan, saya merasakan ianya cukup practical to prevent harrasment among passengers.Teringat saya pada sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:

"Waspadalah kamu dengan duduk-duduk di perjalanan orang ramai! Jawab para sahabat : Wahai Rasulullah! Kami tidak dapat mengelakkan diri dari duduk-duduk di situ, kami bercakap-cakap di situ. Maka berkata Rasulullah s.a.w: Jika kamu tidak dapat melepaskan diri kamu dari duduk-duduk di situ, maka hendaklah kamu berikan jalan itu haknya! Mereka bertanya: Apa dia hak jalan itu wahai Rasulullah?! Jawab baginda : Menahan penglihatan, memberhentikan pengacauan, menjawab salam, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran."
                                                                                                          (H.R Bukhari dan Muslim)

Secara spontan kita sedia maklum, bahawa golongan tua mahupun muda, pemerintah mahupun rakyat apabila telah melaksanakan kefahaman-kefahaman yang bernilai ini dengan menjauhi segala yang mencacatkan kehormatan dan akhlak, daripada pendedahan diri, percampuran lelaki dan perempuan yang tidak terbatas, penglihatan kepada yang diharamkan, tiada syak lagi kita sebagai umat Islam akan merasakan nikmat hidup dalam suasana kebersihan dan kehormatan serta bahagia di bawah lindungan keamanan dan ketenteraman yang akan membawa kita ke kemuncak kemuliaan dan kebahagiaan. 

Moga-moga generasi hari ini dapat memindahkan semua umat di dunia ini dari kegelapan sesat, dari keruntuhan akhlak dan jahiliyah, kepada cahaya iman, keluhuran budi dan kepada petunjuk Islam!! Semua ini tidak mustahil berlaku apabila di kehendaki oleh Allah.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment