Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

A Day at Parliament


Sebenarnya da lama nak tulis entry  pasal ni. Tapi kekangan masa membuatkan saya menangguh niat nak cerita macam-macam. Entah tetiba, rini lepas je wat presentation kat claz, teringat balik suka suki saya n kengkawan kat parlimen. Asalnya saya xmo da pegi sebab da pernah observe dulu ms 1st year n da tau mcm mana 'best'nya berada kat parlimen. Sebab tu alasan memang xnak pegi da. Then, tetiba satu hari diberitakan student yang amik sub Civil Politician In Islam diWAJIBkan plak untuk pegi.....Nak xnak kena pegi, coz kehadiran ke parlimen dikira sebagai kehadiran kat kuliah. Mungkin nak suh kami tengok kot bagaimana beretikanya ahli politik kat mesia. (Redha)


So, kami pon pegi pada tarikh yang dicadangkan oleh pihak parlimen 15 Mac baru ni. 
 
Sampai je kat sana, xsempat sembang banyak2 da kena suh kumpul handphone n camera. Sebab nak masuk dalam tu nanti kena sehelai sepinggang (^_^)..
Gambar kat atas ni masa tengah kumpul b4 pihak keselamatan scan satu badan kat main entrance (macam ala2 kat epot).. Suma sekali pergi 44 orang, suma budak sains politik termasuk para lecturer..ramai lagi xmasuk dalam gambar kat atas nih, sebab tengah berurusan dengan pihak penyelidik yang handle group kami termasuklah saya yang tengah kutip suma harta2 berharga yang xbole dibawak masuk..:)

Masuk je xleh da tangkap gambar. Masa tu group kami kena tengok sidang dewan rakyat. Sebelum bacaan kedua rang undang-undang, kehadiran kami di umumkan oleh Deputy President of the Senate, Senator Datuk Armani Haji Mahiruddin. Terasa la juga kehadiran kami dihargai..

Sepanjang dalam dewan, macam-macam masalah rakyat diperdebatkan. Serba sedikit saya sebagai pemerhati melihat bukan ringan beban menjadi ahli politik ni. Saya yang menjadi pendengar pon rasa sakit kepala. Bukan sebab turut sama memikirkan, tapi sebab banyak sangat tengok YB2 berdebat. Tak tahu nak kata macam mana. Ilmu yang saya ada pon cuma sekelumit. Tapi belajar jugak bab etika. So, saya rasa ada baiknya para YB di Parlimen menghormati satu sama lain ketika bersidang, tidak kira seseorang itu dari parti kerajaan mahupun pembangkang. Belajarlah untuk lebih menghargai dan menghormati orang. Sehingga apabila keadaan menjadi semakin panas, Menteri Pelancongan mengingatkan ahli-ahli Parlimen untuk menjaga adab ketika berdebat kerana mereka sedang diperhati oleh para pelajar.

Tapi, mungkin ramai yang akan berkata, biasalah kat parlimen, kan tu permainan politik. Bagi saya bukan begitu caranya. Seorang Yb tak sepatutnya bersikap kebudak-budakan dengan meremehkan orang lain ketika bercakap. Saya tak mahu mengulas lanjut hal ini sebab saya merasakan mereka seorang yang professional n mampu menangani masalah etika seremeh ini:)

Lepas bacaan rang undang-undang kedua, kami diberi taklimat dalam dewan negara oleh beberapa orang Politic Researchers. Lepas tu terus di jamu makan dalam bilik khas.
Lepas je makan terus masuk semula parlimen untuk solat zohor n bersiap2 bagi sidang kedua. Ketika inilah perasaan meronta-ronta nak kuar cepat dari dewan rakyat. Kepala dah mula sakit bila tahan mengantuk yang teramat sangat. Sejam berada dalam dewan kami pon di arahkan boleh meninggalkan dewan (tapi jangan lupa tunduk hormat).

Bila da dapat keluar, suma muka berseri sebab da xlarat nak duduk dalam tu. Masa kat main entrance nak kuar tu ada seorang pegawai tanya, ni daripada mana kat group kami, penyelidik selaku wakil, memperkenalkan kami daripada UM. Pegawai tu pon kata," ni kalau suma jadi menteri memang selamat negara kita."
Statement yang tidak boleh difahami maksud kejelasannya n boleh menimbulkan berbagai-bagai pandangan n spekulasi. Apa pun sumanya diserahkan kepada Allah dan pegawai yang berkata-kata itu yang mengetahui maksud tersurat n tersirat.

B4 balik sempat jugak Exco Multimedia n Project snap beberapa keping gambar lagi as a report nak bagi kat Ketua Jabatan,Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.
Dalam bas perjalanan lik UM suma senyap kepenatan. Kesimpulannya, kehadiran kami ke Parlimen tetap menghadirkan seribu satu kenangan untuk kami satu jabatan agar tetap menjalin ukhuwah dalam kesibukan di kampus hingga terlupa riang tawa sesama family LASIS.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment