Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

Di Batas Masa

Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti......Itulah kata pepatah yang menggambarkan setiap sesuatu tidak akan kekal dan pasti akan diperbaharui. Maka berakhirlah jawatan kepimpinan saya dan sahabat-sahabat dalam meniti perjuangan menaikkan nama Jabatan Sains Politik Islam di persada APIUM. 

Sesi Pendaftaran AGM 2011

Sebelum majlis perpisahan Jumaat lalu, diadakan Annual Grand Meeting bagi menangguhkan sesi kepimpinan lama untuk menggantikan kepimpinan baru. Apa yang menarik sekali, memang meeting yang sangat grand dan sangat berjaya. Junior tahun satu telah diberi amanah oleh pihak MT untuk handle diz project. Kecekapan mereka dan kelicinan program sangat mengagumkan hadirin yang turut bersama.

Ucapan Perasmian AGM (Dr.Bhaharuddin Che Pa)




Bermula dengan Floor Manager dan Stage Manager yang berjaya mengawal sesi pertukaran jawatan. Selesai pertukaran jawatan, saya sangat tertarik apabila Runner Stage Manager dan krew berdekatan stage berjaya mengosongkan tempat tersebut dengan cepat tetapi terkawal bagi majlis seterusnya hingga saya tidak perasan stage dah kosong. Sebab ketika itu, tengah asyik meneliti manual tindakan hingga tak sedar semuanya berlaku begitu pantas sekali. 


Apa pun, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Mior Hafiz Dinazhari (Pengarah) dan Siti Maream Sam (Timb Pengarah) serta seluruh AdHoc kerana kecekapan kalian bagi first project yang diamanahkan. Pilihan kami untuk melantik kalian memang tidak silap sama sekali. Kalian mampu membuat yang terbaik dan tidak menghampakan kami. Good Job adik2! 

Bagi kepimpinan yang baru nanti, teruskan perjuangan seperti mana janji yang diungkapkan. Saya yakin kalian mampu memegang jawatan tersebut. Berjayanya sesuatu program bukan kerana grand atau meriahnya project tersebut atau hebatnya seseorang dalam ucapannya, tapi sebab kalian dah berjaya develop softskill yang ada. Jangan bersedih hati, peganglah amanah sebaiknya. Bagi yang tidak dilantik, hidup biar berguna. Jawatan hanya sebagai tunggangan. Walau tidak ada jawatan, kita tetap berjalan.........END

...............................................................................................................................................................

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan..



Inilah yang bakal berlaku tidak lama lagi apabila terpaksa meneruskan perjuangan masing-masing dengan haluan mengikut apa yang ingin dicorak seperti apa yang telah direncana oleh yang Maha Esa.

Titipan semangat daripada Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail (Ketua Jabatan)
Pensyarah Kanan Pelawat yang juga bakal berpisah dengan seluruh warga jabatan (Dr H Mujar Ibnu Syarif)..Titipan terakhir beliau buat kelahiran generasi Sains Politik Islam iaitu : "Pemimpin politik itu mesti mengotakan janjinya, tiada guna jika pemimpin itu hanya pandai menabur janji tetapi tidak dilaksanakan."



Barisan sebahagian daripada pensyarah yang dihormati.

Majlis perpisahan yang berlangsung Jumaat lalu sangat menyentuh hati. Tahniah gak kepada Meor Farid Aysradi (Pengarah) dan Nurul Nadia (Timb Pengarah) untuk farewell kali ini.  Sangat mengagumi gerak kerja kalian dalam pengisian yang menarik sekali hingga mencebiskan kenangan terindah bersama family LASIS. Kalian serta Adhoc sangat kreatif dan bersistematik. Jazakumullahhu Khairan Khatira buat adik2 yang telah menjayakan program farewell ini.




Sekian lama bersama, suka duka riang tawa menjadi asam garam di kalangan sahabat seperjuangan juga teman seperkuliahan. Segala dugaan yang menimpa sepanjang pengajian, iman dan taqwa jualah yang menguatkan kami menempuh segalanya dengan sabar dan terus tabah. Namun kini telah tiba masanya perpisahan ini, kedatangannya sangat mendebarkan jiwa. Hakikat hidup, kita hanya mampu untuk merancang, tetapi Allah jualah yang menentukan. 

Terkenang kembali sebuah memori lalu, kisah persahabatan kami bersama di dalam satu pengajian, menuntut ilmu dan pengalaman, mengingatkan kepada pengorbanan yang masih terpahat padu di dalam diri, bersama para pensyarah yang sangat memahami. Tawa riang bersama semasa kuliah sangat menghiburkan hati. Indahnya suasana ketika itu, terasa jalinan ukhuwah bagai tersimpul rapi.

Manisnya kenangan ketika berjuang bersama. Suka dan duka dirasai bersama kawan-kawan  sebagai pengubat rindu dikejauhan keluarga tersayang. Kini semuanya akan tinggal kenangan, tiada mungkin akan berulang. Buat sahabat-sahabat sekalian, teruskan perjuangan dan terus berkorban, meskipun kita akan berjauhan dan demi menegakkan Islam. Buat sahabat-sahabat yang amat rapat dengan diri ini, nasihat kalian selama ini sungguh bermakna sekali. Mengenalkan diri ini erti kehidupan. Buat adik2 junior, kenangan bersama kalian adalah yang paling indah terpatri dalam kamus hidup dan amat bermakna sekali.

Berpisah di Mata, di Hati Jangan...Moga Perpisahan ini diredhai TUHAN..

Sebahagian daripada family lasis.



Ya Tuhanku, tabahkan hati kami,
Kuatkan semangat kami untuk menghadapi hidup,
Limpahkan maghfirah dan kasih sayangMu,
Agar hidup kami sejahtera di dunia dan akhirat...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

tsuciya sephia said...

suke2...

She Kin said...

suke jugak...^_^

Post a Comment