Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

La Tahzan



Sedar tak sedar, sudah hampir tiba masa untuk menamatkan sesi pengajian..Hanya berbaki tinggal dua bulan sahaja lagi perjuangan di alam kampus. Semalam, apabila menghayati bait-bait nasihat dari seorang yang paling bermakna dalam hidup tika ini, rasa sayu, sedih, dan macam-macam perasaan yang bercampur baur, mengingatkan kembali tentang keperitan yang pernah di alami semasa berada di Tahun 1 pengajian. 

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya?

Ramai orang yang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya. Selalunya orang akan mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan, walaupun itu boleh menjadi faktor penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya……….

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok yang buruk, kadang-kadang dia lebih lena daripada mereka yang tidur di dalam rumah yang besar.

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus, tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua lauk, tetapi dia merasakan lebih sedap dan selesa makannya.

Kata Hamka: “Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat”

Semua orang bersangka, jika seseorang itu punya rumah besar, makanan yang sedap, tentulah hidupnya bahagia dan tenang..BELUM TENTU!

Jika Allah memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan di sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan dari jalan-jalan yang manusia tak sangka. Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan seseorang.

Jika kita lihat dunia ini, kadang-kadang apabila manusia hilang suatu benda, dia merasakan seolah-olah dia kehilangan segala-galanya.

Berapa banyak dalam hidup ini kita telah melalui keperitan hidup? Ketika kita dilanda keperitan, kita merasakan kita tak boleh keluar daripadanya. Tapi hari ini, Allah telah keluarkan kita hingga berada dalam keadaan yang baik.

Ketika kita ditimpa sesuatu musibah, kita kata: “habislah aku kali ini”..Tapi usia kita telah berjalan, kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan dalam kehidupan ini.
Ketika kita kata: “Ya Allah tolonglah aku..ya Allah tolonglah aku..aku susah ya Allah”..Hari ini, kita telah pun lupa akan perkataan itu. Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya. 

Ketika kita diancam oleh sesuatu maka kita berkata : “Cukuplah Allah bagiku dan pertolongan dariNya.” Allah akan menambahkan lagi iman kita. Seperti Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 173:
  
173. Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)".

PENGALAMAN SERING MEMATANGKAN KITA………..

Sesiapa yang tidak melaluinya, tidak akan memahami maksudnya. Orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.. Bila hati insan sepenuhnya mengharap kepada Ya Rabb dia akan berkata: “Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah.”

KITA SERING LUPA…KITA MASIH PUNYA KEHIDUPAN DI AKHIRAT

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat.. dia akan merasakan dunia ini sangat kecil dan kehidupan ini sangat luas….

Nabi sebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini, Allah masukkan dia ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan lalu ditanya: Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup? Dia berkata : Tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini.

Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita

Kemudian, Allah ambil pula manusia yang paling nikmat dalam dunia ini, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka lalu dia dikeluarkan. Kemudian ditanya: Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini? Dia berkata: Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini.

Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru, dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ketika ini, suatu nikmat yang besar.

Seorang hamba Allah yang tiba-tiba buta, yang dia tidak pernah sebut dulu barangkali tidak pernah teringat tentang nikmat mata yang setiap hari dia melihat keindahan ciptaan Tuhan, tapi apabila suatu hari dia buta kerana suatu penyakit mahupun kemalangan, dia berkata: “Ya Allah, berilah kembali mata aku, sembuhkanlah semula”

Dia tahu besarnya nikmat mata, nikmat pancaindera, nikmat sihat.

Kata Hamka: “Yang ada ini sudah harapan kita”

Tetapi insan……………………

Bukan suatu kesalahan untuk kita mengharapkan sesuatu yang belum ada, tetapi jangan sesekali lupa yang telah ada.

Sebab itu, sebahagian sarjana Islam menyebut: “Syukur itu kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.” Ramai orang terpaksa bersabar, tetapi belum tentu orang yang mendapat nikmat itu bersyukur.

Tetapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti anda semua, syukur di atas nikmat tersebut, jangan lupa untuk sering mengucapkan :

“Ya Allah, apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu, daripada kurniaanMu, daripada sesiapa di kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran…”

Insan,

Jika kita nak bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat bermula detik nafas kita yang pertama, sungguh sekali tidak terdaya….
  
34. Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua Yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

(Surah Ibrahim:34)

Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa hidup ini, apa yang Allah kurniakan kepada kita, lebih daripada harapan kita sebenarnya. Jika kita amati daripada hari kita dilahirkan sehingga kita ada pada hari ini……….masyaAllah…tak dapat nak di ucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu.
  
40. Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah at-Taubah: 40)
Kesimpulannya, apapun yang berlaku pada kita hari ini, jangan biarkan sesekali kita urus urusan kita sendiri walaupun sekelip mata. Berdoalah sentiasa agar Allah yang urus dan atur segalanya di samping kita terus berusaha. Jagalah hubungan dengan Allah nescaya Allah akan menjaga kita. Bila kita rasa Allah cukup bagi kita, yang sikit pon kita akan rasa puas. Oleh itu, usah bersedih dengan apa yang telah berlaku, hari ini yang akan kita jalani bukan semalam yang telah berlalu.

لا تحزن إن الله معنا
"Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita"






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment