Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

Jom Sihat !


Bila dengar sahaja bab kesihatan, pasti suma bersemangat untuk sihat. Tapi untuk terus konsisten melaksanakan kaedah-kaedah kesihatan tentu amat berat sekali bagi sesetengah orang. Kita sering kali mendengar kaedah saintifik yang diperkenalkan oleh para pakar bagi amalan hidup sihat. Tapi kali ini KalamNuraz ingin berkongsi kaedah-kaedah kesihatan yang telah dianjurkan oleh Islam sebagai amalan kita setiap hari. Cukup mudah dan amat practical.


Bermula daripada cara pemakanan, Nabi s.a.w telah memberikan petunjuk kepada kita agar sentiasa menjaga diri dari terlampau kenyang. Baginda juga melarang umatnya dari terlampau banyak makan dan minum lebih dari kadar yang perlu.

 
"Tiada yang dipenuhi anak Adam suatu bekas yang lebih merbahaya dari perutnya. Memadailah anak Adam itu beberapa suap (makanan) yang akan menegakkan punggungnya. Kiranya mesti dilakukannya, maka biarlah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk pernafasannya."
          (H.R Ahmad dan al-Tirmidhi)

 




Sebelum menjamah makanan dan sesudah makan haruslah membasuh tangan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Baihaqi daripada Anas r.a katanya, Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang ingin Allah menambah keberkatan rumahtangganya, hendaklah dia berwudhu' ketika hadir makanannya dan berwudhu' setelah diangkat makanan itu."

Kemudian, jangan makan berteleku kerana sebab yang demikian itu boleh menyebabkan lekas tua. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

لاَ آكل متَّكِئاً
"Aku tidak makan bersandar"

Juga diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas r.a katanya:

  "Aku lihat Rasulullah s.a.w duduk iq'aa (sebelah kakinya didirikan) ketika makan buah kurma."

Jangan mensia-siakan nikmat rezeki yang kita jamah setiap hari.

"Adalah Rasulullah s.a.w setelah memakan makanan, selalu menjilat ketiga-tiga jarinya, seraya berkata: Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya dan dijauhkannya daripada menyusahkan, serta hendaklah dimakannya, dan jangan ditinggalkan untuk di makan oleh syaitan."  
                                                                                   ( H.R Muslim)

Dan Rasulullah s.a.w menyuruh supaya mencalit sisa-sisa makanan dalam piring. Kerana Baginda pernah bersabda:

"Kamu tidak tahu, yang mana satu dari makanan kamu yang ada berkat."

Dari petunjuk Nabi s.a.w dalam cara minum pula, iaitu : Minum dengan dua teguk dua teguk, ataupun tiga teguk tiga teguk. Baginda juga melarang bernafas dalam gelas serta melarang minum ketika berdiri.

"Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang minum, akan tetapi minumlah dua teguk dua teguk, dan tiga teguk tiga teguk, dan baca Bismillah jika kamu minum serta ucapkanlah Alhamdulillah jika kamu telah selesai minum."
                                            (H.R At-Tirmidhi)

"Bahawasanya Nabi s.a.w telah melarang untuk bernafas di dalam gelas ataupun menghembuskan nafas ke dalamnya."
                                                                                     (H.R At-Tirmidhi)

"Telah berkata Rasulullah s.a.w: Janganlah seseorang kamu minum sambil berdiri, barangsiapa yang terlupa, hendaklah dia memuntahkannya."
                                                                                      (H.R Muslim)

Juga dilarang minum daripada mulut tempat simpan air. Hal ini kerana melanggar kesopanan masyarakat dan ditakuti ada sesuatu yang termasuk ke dalam tempat air tersebut hingga boleh membahayakan kesihatan. 

"Rasulullah s.a.w telah melarang meminum daripada mulut tempat simpan air minum (seperti botol, kendi atau sebagainya) ataupun daripada mulut bekas air."   
                                                                (H.R Bukhari & Muslim)
 


Manakala dalam pada cara tidur pula hendaklah tidur mengiring ke kanan, sebab tidur mengiring ke kiri itu akan membahayakan jantung dan menyesakkan pernafasan.

"Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwudhu' seperti wudhu' untuk bersolat, kemudian baringlah ke kanan seraya membaca: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku serahkan diriku kepadaMu, dan aku hadapkan wajahku kepadaMu, dan aku serahkan perkaraku kepadaMu, dan aku lindungkan belakangku kepadaMu, kerana suka dan takut kepadaMu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadaMu. Aku percaya dengan kitabMu yang Engkau turunkan, dan dengan NabiMu yang engkau utus, dan jadikanlah semua itu penghabisan apa yang Engkau katakan! " 
                                                                                       (H.R Bukhari & Muslim)
                               

Moga dengan sedikit ilmu yang dikongsikan ini, kita akan lebih terarah kepada hidup yang berlunaskan kepada kaedah-kaedah Islam. Untuk itu, individu yang sihat akan melahirkan keluarga yang bahagia dan ceria. Hanya Allah sahajalah tempat memohon pertolongan, dan daripadaNYAlah datang sokongan dan pembetulan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment