Mana-mana Negara dictator kita dapati proses keruntuhan pemerintah itu berlaku dengan pesat. Seorang dictator biasanya tidak percaya kepada orang lain. Segala-gala di atas mejanya dan dialah yang membuat keputusan. Tetapi apabila beliau meninggalkan negaranya, kita dapati dengan serta merta dia akan collaps.
Sebelum pengunduran Husni Mubarak, beliau melantik Omar Sulaiman sebagai penggantinya yang selama ini tidak ada orang nombor dua dalam pemerintahan beliau. Husni Mubarak menjadi presiden pada tahun 1981 berikutan pembunuhan Anuar Sadat pada bulan Oktober tahun yang sama. Pembunuhan Anuar Sadat ini mencetuskan kemarahan kerana beliau menandatangani perjanjian Camp David.
Ketika perbicaraan Khalid Islambouli, beliau menyatakan bahawa: “Kalau kami mahu bunuh tika itu, sudah tentu semua kami bunuh. Tetapi kami cuma mahu bunuh Anuar Sadat sahaja.” Apa yang pasti mereka cuma melemparkan bom asap sahaja dan Mubarak hanya cedera ringan.
Kemudian terdapat satu lagi percubaan tahun 1995 ketika beliau pergi ke Addis Ababa. Pada waktu itu, serangan yang dilakukan dengan machine gun sahaja sedangkan kereta yang digunakan Husni Mubarak adalah kalis peluru. Maka apabila ditembak menggunakan machine gun, keretanya hanya berlubang.
Sebab itu, sewaktu Husni Mubarak datang ke Malaysia, beliau telah menimbulkan masalah keselamatan. Ini kerana Mubarak insist dia datang ke Malaysia dengan keretanya sendiri dan pengawal keselamatannya sendiri disebabkan beliau tidak percaya dengan kawalan keselamatan Malaysia. Ini kerana pengalamannya yang berlaku di Addis Ababa. Dengan sebab itulah, apabila Husni Mubarak hendak lalu di atas jalan raya, polis akan berbaris sepanjang jalan dan semua laluan akan ditutup.
Mesir mempunyai lebih 300 000 polis yang amat ditakuti kerana sikap mereka yang amat zalim dan menindas. Dengan sebab itulah demonstrasi yang diadakan bermula jumaat dengan statistic yang dikeluarkan oleh BBC lebih 300 orang telah mati terbunuh. Jumlah itu adalah suatu jumlah yang besar. Inilah suasana rakyat di Mesir dan kita harus faham bila orang bertanya apa yang akan berlaku selepas ini, apa propaganda yang wujud disebalik pengunduran Husni? Apakah dia mengundur diri begitu sahaja?
Berbeza dengan Tunisia, kota Kaherah didiami oleh 12 juta orang. Apabila radio Kaherah mengumumkan supaya rakyat berada dalam rumah kerana perintah berkurung, memang jelas sukar untuk dikuatkuasakan. Sebab sesiapa yang pernah berada di Kaherah akan sukar melihat kota itu sunyi tidak ada orang. Kaherah tidak pernah tidur. Bagaimana pula untuk menyuruh masyarakatnya untuk tidak keluar rumah kerana itu budaya orang Kaherah. Oleh itu, untuk menjadikan 1 juta berada di atas jalan raya Kaherah bukan suatu perkara yang sukar. Jika 1 juta berada di atas jalan raya sudah tentu ianya telah membawa perubahan kepada Negara.
Zainal Abidin bin Ali melarikan diri dengan 300 000 orang sahaja berada di atas jalan raya, apatah lagi 1 juta rakyat Mesir yang telah berkumpul di Tahrir Square berjaya mengkudeta Mubarak.
Apabila kita lihat ketika Israel melakukan serangan ke atas Lebanon, yang mana ketika itu seluruh dunia mengadakan tunjuk peasaan menentang pencabulan ke atas Lebanon, Kaherah sunyi sepi. Minggu ketiga barulah didengar ura-ura nak buat demonstrasi. Tetapi bila dilihat lebih ramai polis daripada mereka yang nak buat tunjuk perasaan. Itulah yang berlaku. Oleh itu, sejak bertahun-tahun untuk mendapat jumlah yang ramai adalah suatu perkara yang sukar. 2000 di anggap sebagai jumlah yang ramai dan menyebabkan kerajaan Husni meyakini bahawa mereka berjaya menentang sebarang kebangkitan yang dilakukan oleh rakyat pada bila-bila masa.
Kafr el Meselha yang terletak di Monufiyah adalah tempat kelahiran Husni Mubarak. Apabila disebut demonstrasi di sini, seramai 40 000 orang keluar pada malam pertama jumaat. Ketika itu, kesimpulan awal kita boleh buat bahawa Mubarak is a finish. Saya menyimpulkan bahawa, kalau di kampungnya sendiri rakyat bangkit, ini merupakan suatu yang luar biasa.
Sebabnya di Monufiyah ini jika dibandingkan dengan Muhafazah, saya merasakan Monufiyah adalah kawasan yang paling maju. Salah satu contoh di sebuah pekannya, traffic light menggunakan system digital. Kalau di Mesir guna system digital itu, bagi rakyat mereka merasakan itulah perkara yang termaju dalam dunia. Ini menunjukkan kawasan itu adalah kawasan yang paling membangun berbanding kawasan lain. Tetapi jika penduduk di situ sudah bangun menentang Husni Mubarak, sudah tentu ini merupakan perkara yang cukup significant dan merupakan suatu perkembangan yang luar biasa.
*Sambungan Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 3)
*Sambungan Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 3)
0 comments:
Post a Comment