Ikhwanul Muslimin
Ianya ditubuhkan pada tahun 1928. Pada tahun 1949 Hassan al-Banna telah mati dibunuh dengan kejam dan kumpulan ini diharamkan bergerak secara bebas sejak 1954. Oleh itu, jika mereka ingin menyertai pilihan raya, mereka terpaksa menggunakan nama-nama lain atau bergabung dengan pati-parti lain yang ada.
Ramai dikalangan pemimpin mereka seperti al-Fatah Ismail, Qadhi Awdah, Sayyid Qutb dan sebagainya dijatuhkan hukuman gantung. Mahdi Aqif dalam sejarah Ikhwanul Muslimin adalah merupakan pemimpin yang pertama meletakkan jawatan atau mengundurkan diri sebelum meninggal dunia.
Namun demikian, kumpulan ini juga pernah mencapai kemenangan yang besar dengan memenangi 88 kerusi dalam pilihan raya yang diadakan pada tahun 2007. Dalam konteks Mesir, pilihan raya dilakukan secara 3 peringkat. Ikhwan hanya menang pada peringkat pertama kerana penindasan belum tegas dikenakan pada peringkat awal pilihan raya.
Polemik yang berlaku, apa pendekatan Ikhwan?
Adakah mereka ini harus menjadi sebuah kumpulan yang akomodatif yang terlibat dengan politik, mendaftar sebagai parti politik, ataupun sebagainya. Tetapi ternyata sekali kumpulan ini menyatakan bahawa mereka harus menumpukan kepada dakwah dan tarbiyah.
Akhirnya saya akan sebut apa yang telah berlaku sepanjang revolusi ini. Beberapa minggu sebelum pengunduran Husni Mubarak, beliau telah melantik Omar Sulaiman. Omar S adalah seorang pegawai intelligent yang amat dipercayai oleh Mubarak.
Dalam banyak perbincangan mengenai keselamatan, orang yang biasanya akan dihantar adalah Omar Sulaiman. Ini termasuklah dalam peperangan yang berlaku di Gaza, beliau jugalah yang dihantar. Walaupun Omar S mengadakan perundingan antara Hamas dan Fatah, tetapi beliau tetap memihak kepada Fatah.
Kemudian Mubarak melantik Ahmad Syafiq yang merupakan ketua turus angkatan tentera udara yang juga adalah sahabat rapat kepada beliau.
Kemudian dilantik pula Mahmud Wajdi sebagai Menteri Dalam Negeri. Melalui pengamatan saya, Husni Mubarak bukan mendengar tuntutan rakyat tetapi mengambil pendekatan untuk berkonfrontasi dengan rakyat.
Menurut pandangan saya melihat kepada sejarah revolusi yang berlaku sebelum ini, semua itu tiada yang berlaku dalam tempoh sehari atau dua hari. Tunisia mengambil masa 1 bulan, Iran hampir 6 bulan. Oleh itu, mampukah student Malaysia seramai 11 ribu orang bertahan dalam tempoh yang lama ini. Jadi menurut saya, agak releven sekali tindakan kerajaan untuk membawa mereka pulang. Justeru apa indikasinya hal ini?
Kita sepatutnya melihat kecerdikan Negara lain. Kenapa Turki membuat keputusan untuk membawa rakyatnya keluar. Juga hampir sebahagian Negara lain turut membawa rakyatnya keluar. Tetapi Malaysia beberapa ketika itu masih lagi dengan tindakan tunggu dan lihat. Jika keadaan ini tidak serius, masakan Negara-negara ini membuat keputusan untuk membawa rakyat-rakyat mereka, apatah lagi keadaan hidup di Kaherah dalam situasi yang tidak terurus.
Ketika Husni Mubarak berkonfrontasi dengan rakyatnya, persoalan yang timbul adalah di mana tentera ketika ini? Tentera nyata sekali di bawah arahan Husni Mubarak. Tetapi adakah mereka sanggup menembak dan memerangi rakyat sendiri? Ternyata pada masa ini, tentera mengambil sikap untuk tidak mahu campur tangan dalam urusan berkaitan dengan keselamatan. Apa yang mereka nak jaga adalah bangunan seperti Museum, dan bangunan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang telah banyak kali dilakukan percubaan untuk dibakar sehinggalah ke hari ini.
Juga kita dapati kesinambungan penunjuk perasaan ini, mereka mempunyai semangat yang berterusan dan ternyata sekali setelah lebih 300 orang mati terbunuh, 2 perkiraan harus diambilkira:
1) Kebangkitan ini berjaya menghilangkan rasa takut rakyat Mesir. Apabila ditanya kepada beberapa orang masyarakat Mesir tentang pandangan mereka terhadap politik di Mesir umumnya sebelum berlaku kebangkitan ini, mereka merasakan bahawa mereka tidak mahu terlibat kerana mereka takut dengan penindasan dan tekanan. Jika mereka melakukan tunjuk perasaaan sudah tentu mereka tidak boleh makan pada hari ini. Inilah pendapat mereka mengenai perkara pertama yang mereka takutkan. Namun ternyata sekali pada hari ini, ketakutan itu sudah hilang.
2) Perkara yang menjadi halangan kepada penunjuk perasaan, penentangan dan sebagainya adalah peranan yang dimainkan oleh polis Mesir yang terkenal dengan sikap mereka yang ganas dan sebagainya. Oleh sebab itu, apabila berlakunya demonstrasi yang menjadi sasaran utama adalah balai pols. Sebahagian besar balai polis di Suez dan Iskandariah habis dibakar dan inilah merupakan pusat yang menjadi kegiatan yang bersifat keganasan melalui perspektif rakyat Mesir.
Oleh itu, apabila 2 elemen ini sudah tidak ada, bermakna tidak ada halangan untuk rakyat turun di jalan raya dan berjaya menjatuhkan Mubarak. Jadi saya rasa, ini akan mengambil masa yang panjang walaupun kita mengetahui Husni Mubarak telah mengundurkan dirinya. Ini kerana Mubarak tidak bersendirian. Beliau sentiasa didukung oleh kuasa-kuasa besar dunia. Juga semestinya akan timbul persoalan bagaimana perkembangan yang akan berlaku di kawasan serantau. Pada waktu ini yang sama seperti Mesir adalah Yaman. Sudah tentu apabila Yaman juga telah berlaku revolusi, ini tidak mustahil akan memberikan kesan besar kepada seluruh rantau Timur Tengah.
Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 1)
Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 2)
Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 3)
Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 1)
Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 2)
Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 3)
0 comments:
Post a Comment