Apakah Tuntutan Penunjuk Perasaan?
Pertama sekali mereka menuntut untuk diadakan pilihan raya bebas. Ini kerana Mesir sama seperti Tunisia yang mengadakan pilihan raya secara tetap yang ditetapkan oleh perlembagaan. Sebab itulah ia dinamakan National Democratic Party (NDP). Tunisia pada tahun 1989, Ben Ali berjaya mendapat 99% undi. 2009 baru-baru ini, beliau mendapat 89% undi. Begitu juga dengan Saddam Hussein yang pernah mendapat lebih 90% undian dalam pilihan raya.
Pada tahun 2003 di Mesir, terdapat suatu gerakan dinamakan Kifayah yang membawa makna ‘enough’. Gerakan ini telah dipimpin oleh Ayman Nour. Apa yang menarik perhatian mengenai gerakan kumpulan ini, mereka menjadikan isu Tun Mahathir sebagai isu kempen pilihan raya.
Kempen mereka menyatakan bahawa Mahathir 22 tahun menjadi Perdana Menteri akhirnya beliau meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan tersebut kepada penggantinya. Manakala Mubarak juga sudah 22 tahun menjadi Perdana Menteri tetapi beliau masih mengatakan tidak bersedia untuk meletakkan jawatan kerana agendanya belum selesai (agenda melantik anaknya Gamal Mubarak menjadi presiden yang baru).
Kumpulan Kifayah ini dipilih oleh Ayman Nour tetapi nyata sekali demonstrasi yang diadakan ketika itu tidak seperti hari ini. Maksudnya di sini, penentangan pernah berlaku tetapi gagal untuk mendapatkan sokongan besar. Itulah significant yang membezakan penentangan yang berlaku sebelum ini.
Kenapa Pemerintah Autokrasi Ini Mencapai Kemenangan Yang Besar?
Ini kerana, jika rakyat hendak pergi ke kawasan pilihan raya tetapi telah ditutup dan dihalang. Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi. Pengundi dihalang untuk membuang undi sehingga menyebabkan parti pemerintah mencapai kemenangan yang besar. Pilihan raya itu diadakan hanya sekadar pada namanya sahaja. Dengan sebab itulah tuntutan mereka pada hari ini adalah untuk mengadakan pilihan raya secara bebas. Selama ini pilihan raya bukan dilaksanakan secara bebas tetapi pilihan raya yang memastikan pihak yang tertentu mencapai kemenangan yang besar dan sebagai suatu legitimasi.
*Sambungan Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 4)
*Sambungan Analisis Pergolakan Politik Timur Tengah (Part 4)
0 comments:
Post a Comment