Kesinambungan dengan pengunduran Husni Mubarak, kita dapati satu persatu rejim telah tumbang. Jika ditanya kepada Mahdi Akif, mursyidul am Ikhwanul Muslimin apa pandangan beliau dan apakah gambaran yang sebenar dan mengapa kalau pada hari ini Ikhwanul Muslimin dilihat masih berada di barisan belakang. Ini bukan suatu perkara yang berlaku secara kebetulan kerana mempunyai latar belakang dan sebab kenapa berlaku sedemikian.
Banyak persoalan yang timbul kenapa Ikhwanul Muslimin tidak berada di barisan hadapan. Tahun lepas berlaku pemilihan polemic yang hebat dalam Ikhwanul Muslimin samada Ikhwanul Muslimin perlu kekal sebagai badan dakwah dan tarbiyah ataupun mereka harus transform menjadi seperti a part of party.
Golongan moderate merasakan mereka perlu lupakan ikhwan itu, letaklah nama apa pun, yang penting perjuangan mereka adalah perjuangan yang berlandaskan Islam. Bagi golongan konservatif pula merasakan bahawa mereka perlu kekal sebagai sebuah badan yang kekal menegakkan dakwah dan tarbiyah.
Dalam pemilihan tersebut, golongan konservatif berjaya dan akhirnya ikhwan sejak setahun yang lalu menekankan dakwah dan tarbiyah. Apabila berlaku kebangkitan baru-baru ini, ikhwan mengambil sikap untuk memerhati terlebih dahulu. Sehinga ke hari ini, pendirian ikhwan masih belum menempatkan dirinya ke barisan hadapan.
Golongan moderate merasakan mereka perlu lupakan ikhwan itu, letaklah nama apa pun, yang penting perjuangan mereka adalah perjuangan yang berlandaskan Islam. Bagi golongan konservatif pula merasakan bahawa mereka perlu kekal sebagai sebuah badan yang kekal menegakkan dakwah dan tarbiyah.
Dalam pemilihan tersebut, golongan konservatif berjaya dan akhirnya ikhwan sejak setahun yang lalu menekankan dakwah dan tarbiyah. Apabila berlaku kebangkitan baru-baru ini, ikhwan mengambil sikap untuk memerhati terlebih dahulu. Sehinga ke hari ini, pendirian ikhwan masih belum menempatkan dirinya ke barisan hadapan.
Hal yang sama berlaku pada tahun 1952 apabila tercetusnya July Revolution. Iaitu revolusi yang menggulingkan Raja Farouk dan bangkitnya kumpulan yang dipanggil sebagai RCC (Revolutionary Command Council) dan pemimpinnya pada waktu itu adalah Mohd Najib manakala dibelakangnya adalah Gamal Abdul Nasir.
Sebenarnya kebangkitan di Mesir pada waktu itu digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin. Tetapi pada tahun 1949, Hassan al-Banna mati dibunuh. Di situ berlakulah proses penindasan di satu pihak dan di satu pihak yang lain berlaku perebutan kepimpinan dalam Ikhwanul Muslimin hingga sampai ke kemuncaknya apa yang dipanggil sebagai ‘Black Friday’. Sama seperti Jumaat yang berlaku di Mesir baru-baru ini, di mana rakyat melakukan tunjuk perasaan dan ramai yang terbunuh. Ketika kemuncak kebencian rakyat semasa revolusi 1952, ikhwan berada di belakang dan tidak terlibat secara langsung.
Saya ingin mengaitkan perkara yang berlaku di Mesir ini dengan geopolitik yang berlaku di Tunisia. Tunisia adalah bersempadan dengan Negara-negara yang juga bakal bergolak. Hal ini terjadi, apabila Tunisia jatuh, kemungkinan untuk Negara-negara jirannya juga akan jatuh bukanlah suatu perkara yang mustahil kerana mereka ini bercakap dengan satu bahasa, menggunakan budaya yang sama, dan mereka juga beragama Islam. Apa yang lebih penting lagi, kesemuanya merupakan Negara yang ditindas dan dinafikan kebebasan setelah begitu lama.
Di Mesir, penentangan atau kebangkitan yang bukan sahaja berlaku di Kaherah, sebagaimana yang berlaku sebelum ini, tetapi juga berlaku di Luxor. Bermakna hampir seluruh Mesir bergolak di mana pada peringkat awal berlaku di Suez, Kaherah dan Iskandariah. Dengan erti kata lain, kebangkitan itu bukan kebangkitan yang bersifat tempat tertentu tetapi menyeluruh ke seluruh Mesir. Sebenarnya apa yang berlaku di Tunisia adalah sesuatu yang berada di luar jangkaan. Jika kita lihat apa yang berlaku ketika Zainal Abidin ben Ali meninggalkan Tunisia, kita dapati media Barat mengkritik Iran kerana pada masa yang sama juga berlaku demonstrasi di Iran menentang pemerintahan Ahmadinejad.
CNN dan akhbar-akhbar Barat mengkritik Iran dan lupa dengan apa yang berlaku di Tunisia. Apa yang mengejutkan dunia pada 14 Januari yang lepas, Zainal Abidin ben Ali tiba-tiba meninggalkan Tunisia tanpa perkara yang kita rasakan luar biasa. Presiden meninggalkan negaranya setelah 23 tahun memerintah. Mengapa ini berlaku?
Apabila ditanya persoalan ini pada Rashid Ghannousi dan mengapa di Tunisia tidak berlaku kebangkitan walaupun penindasan yang dilakukan itu adalah luar biasa? Beliau menjawab, sebanyak 300 pengikut partinya ditangkap, tetapi tetap tidak berlaku kebangkitan. Beliau menyebut bahawa Tunisia adalah sebuah masyarakat middle class. Bagi masyarakat middle class mereka tidak bersedia untuk menghadapi risiko. Oleh itu agak sukar untuk menggerakkan mereka bangun untuk bangkit.
Dr. Redzuan Osman, Dekan Fakulti Sains Sosial UM pernah bertanya kepada beliau : “Saudara tahu untuk berkuasa di Timur Tengah demokrasi adalah bukan suatu caranya, pilihanraya bukan suatu caranya. Satu-satunya cara untuk mendapatkan kuasa Timur Tengah adalah dengan rampasan kuasa tentera.” Beliau menjawab secara terus terang : “Saya cuba tetapi gagal, memang ada cubaan untuk rampasan kuasa tetapi berjaya ditindas.”
Oleh itu, apa yang berlaku di Tunisia ini dianggap suatu perkara yang hampir tidak mungkin berlaku. Ini kerana keadaan masyarakatnya yang begitu pro-Perancis. Jika di kalangan elite, mereka tidak bercakap bahasa Arab tetapi bercakap bahasa Perancis. Manakala bagi masyarakat middle class pula tidak boleh digambarkan untuk berlakunya revolusi di kalangan golongan ini. Oleh itu, apabila berlakunya revolusi baru-baru ini, Perancis sebenarnya tidak menyedari atau terperanjat sama seperti Amerika kerana bukan Negara Tunisia yang dijangka akan berlaku revolusi seperti itu.
Pada andaian penganalisis, jika Tunisia jatuh, tidak ada Negara-negara autokratik yang berada di Timur Tengah hari ini boleh survive dengan keadaan itu. Ini kerana di Tunisia keadaan yang berlaku amat sukar. Tetapi kenapa ini tetap berlaku? Walaupun masyarakat mereka middle class, tetapi masyarakat middle class ini juga terjejas dengan perkara-perkara yang selama ini dialami oleh lower class ditambah pula rakyat dapat merasakan kekayaan dibolot oleh kelompok tertentu.
0 comments:
Post a Comment