Setiap hari setelah membaca berita-berita online dalam negara, saya pasti meminati berita-berita yang dipaparkan oleh Chicago Tribune. Apa yang menarik perhatian saya adalah berkenaan paparan berita mengenai Ted Williams yang bertarikh 11 Januari 2011.
Pasti ada yang masih tidak mengenali siapa Ted Williams, 53. Hanyalah seorang insan biasa yang tidak terkenal bahkan pernah menjadi penagih dadah dan alkohol. Beliau merupakan seorang pengemis yang tinggal di jalanan sekitar Ohio Amerika Syarikat dan lahir serta dibesarkan di Brooklyn New York. Orang seperti beliau banyak kita dapati sekitar ibu kota yang merempat akibat kesusahan hidup yang dihadapi. Tapi apa yang menarik ingin saya bicarakan adalah beliau bakal menjadi jutawan!!. Ini disebabkan beliau mempunyai bakat semula jadi yang ada padanya kerana memiliki suara emas hingga digelar - Homeless Man with Golden Voice. Bila saya search nama beliau di you tube, rupanya beliau kini semakin popular apabila pengunjung yang view video dia mencecah 6 juta penonton.
Ted Williams kini telah diambil bekerja dengan NBC. Syarikat tersebut menggunakan suara beliau untuk promo team Cleaveland Cavalier. Sebelum itu, beliau juga telah membuat rakaman suara bagi iklan macaroni di ESPN. Memang tujuan hidup beliau dari kecik ingin menjadi juruhebah tetapi hidupnya dikatakan musnah sekitar 1996, bahkan merempat di jalanan sekitar 10 tahun.
Tapi atas kesedaran beliau untuk memulakan hidup baru sejak 2 tahun lepas, beliau mula memegang cebisan kotak yang tertulis :
Dia telah dikurniakan dengan suara pemberian Tuhan, Dulu dia juruhebah radio, namun dia jatuh tersungkur apabila ada suatu kejadian yang menimpanya. Segala pertolongan kepada dia amat dihargai dan semoga Tuhan membalas.
Akhirnya kehidupan Ted berubah setelah video beliau disebarkan di laman twitter oleh seorang crew akhbar Columbus Dispatch. Ted yang selama ini tidur di belakang stesen minyak dan di mana-mana sahaja selama 10 tahun bakal mengubah hidupnya sendiri atas kesungguhan dan azam beliau. Kisah Ted ini lebih kurang dengan kisah seorang pengemis di China suatu ketika dahulu yang bernama Cheng Guorong. Dulunya Cheng Guorong ini merupakan pengemis jalanan yang selekeh, berambut panjang dan memiliki janggut yang tak terurus yang mana akhirnya berubah setelah mendapat tawaran iklan yang banyak kerana dikatakan mempunyai wajah yang kacak ala model.
Video penemuan awal Ted William kat you tube dah tak ada kerana the Dispatch tu dah copyright claim. Tapi bagi yang berminat nak tengok that video boleh tengok kat Chicago Tribune. And for those yang nak tahu lebih lanjut lagi pasal kisah hidup Ted ni boleh baca kat Kisah hidup Ted Williams.
Beberapa perkara yang menarik perhatian saya mengenai Ted ni adalah beliau seorang yang sangat berbudi bahasa. Saya suka cara beliau bercakap yang sentiasa merendah diri, meninggikan orang lain dengan panggilan sir dan juga tak lekang di mulut untuk sering mengucapkan thank you.
Syabas kerana harapan beliau telah terkabul. Sekiranya Ted berputus asa, sudah tentu beliau akan berada di lorong-lorong gelap dan bukannya berdiri yakin memegang cebisan kotak. Inilah kuasa Tuhan berkenaan nasib dan rezeki hamba-hambaNya. Oleh itu, jadikanlah Ted ini sebagai teladan agar jangan menyombong diri dengan apa yang kita ada. Kita tidak pasti siapa kita pada masa akan datang. Apa yang pasti kita adalah hamba Allah! Maka kembalilah kepada fitrah kita yang asal iaitu berpegang dengan cara hidup Islam. Kegagalan hidup tidak bererti kita gagal selamanya. Beranikanlah diri untuk berusaha mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Usah peduli dengan kata-kata manusia kerana mulut itu tak akan pernah sesekali dapat ditutup dan manusia juga tidak layak untuk menghukum orang lain.
Akhir sekali saya berharap, setiap insan perlu diberi peluang kedua untuk berubah. Walaupun ramai yang mengatakan mengubah dunia itu sukar sekali, tapi sekurang-kurangnya seorang manusia boleh mengubah kehidupannya sendiri. But choose wisely, not everything deserve a second chance. Bagilah peluang kepada mereka yang telah terkandas untuk kembali ke pangkal jalan. Agar mereka tidak terus hanyut dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan amat melelahkan ini.
0 comments:
Post a Comment