Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

Sakit Suatu Peringatan

Alhamdulillah tak terucap syukur saya panjatkan, hari ini sistem ketahanan badan semakin kembali normal setelah beberapa hari dilanda demam panas. Demam sehingga mata berair membanjiri kelopaknya, telinga pula berdesing seolah diketuk pemain gamelan, dunia seakan tampak kekuningan dan kepala ligat berputar mengelilingi satu dunia disebabkan terlalu sakit dan pening. Cukup membuatkan untuk saya mensyukuri nikmat sihat yang Allah anugerahkan.


Sakit yang melanda, usah di cela. Bahkan ianya suatu peringatan dan kesyukuran. Bukankah tika kita sakit bermakna Allah lebih sayangkan kita kerana menghapus dosa-dosa kecil agar berkurangnya beban kita menanggung azab Allah di mahkamahNya nanti. Hakikatnya saat sakit itu juga, Allah sedang memberikan perhatian kepada kita. Bukankah ianya suatu kesyukuran? Siapa kita untuk Allah perhatikan? dengan dosa yang banyak menggunung tanpa disedari, bahkan mengundang kemurkaan Allah setiap hari. Ketahuilah, Allah itu Maha Penyayang. Allah tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya, Walhal Dia ada selalu dekat dengan kita sekalipun ramai yang sering menjauhkan diri daripadaNya. Cuma kadang-kadang kita yang sebenarnya tidak berusaha untuk mencari hakikat sebenar hidup ini.

Dengan demikian, bagaimana reaksi kita berhadapan dengan sakit tika itu? Ada di antara kita menyalahkan Allah kerana menyukarkan hidupnya saban hari. Namun Allah SWT berfirman:
 
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” (Asy-Syura: 30)

Subhanallah..Sudahlah segala bencana itu disebabkan oleh perbuatan kita sendiri, tetapi Allah tetap ampunkan sebahagian besar dosa atas bencana yang datangnya kerana kita. Sama-samalah muhasabah kembali kehidupan kita. Sedarlah bahawa hakikat hidup ini cuma sementara. Dunia hanyalah sebagai suatu tempat persinggahan untuk menuju Negeri ABADI. Maka, beringatlah! Firman Allah SWT :

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” (At-Tawbah: 126)

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah: 155)

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” (Al-Hadid: 22-23)

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” (Al-An’am: 43)

 Tiada bencana datang menerpa, tiadalah sakit datang menyinggah melainkan Allah hadirkan sekali hikmahNya yang begitu beharga agar kita kembali mengingatiNya. Kembali dalam erti kata pada fitrah kita yang asal sebagai hamba Allah yang lemah. Justeru jangan terus sombong dengan kebesaran Allah. Apa yang ada pada kita hari ini hanyalah sekadar pinjaman yang pada bila-bila masa boleh ditarik olehNya. 

Mereka Yang Prihatin 
Syukur yang tak terucap juga kerana Allah mengurniakan mereka yang masih prihatin terhadap diri ini tika sakit. Jazakumullahu Khairan Kathira turut dilafazkan dalam KalamNuraz bahawa diri ini sangat menghargai kalian. Jauh dari keluarga menjadi pengubat keprihatinan mereka. Hingga seorang sahabat berkata, perjuangan kita dalam menuntut ilmu, hampir lebih separuh usia bersama rakan-rakan dan bukannya disamping keluarga. Hinggakan segala kesakitan sepanjang perjuangan, keluarga tidak pernah mengetahui. Kadang-kadang sifat sebenar, kawan-kawan yang lebih mengerti. Kerana kita telah dididik untuk hidup berkelana, berdikari jauh ditempat orang sejak awal lagi. Maka, selain Allah tempat mengadu, kawan-kawanlah menjadi tempat meluahkan rasa.

Syukran yeyerk, syidah, anting, mieya, yayan n miyati kerana sentiasa memberi perhatian selama ini.

Terima kasih tak terhingga pada yeyerk yang setia menjaga ketika diri ini lemah tidak berdaya.

Pada VIP yang tidak pernah jemu memberi semangat serta sentiasa ambil berat..Dirinya sangat dihargai.

Juga pada mereka yang datang bertandang melawat dan yang bertanya khabar, fieza, wanie (tq ubatnya), liena n najdah.

Tidak dilupa pada Pakcik Wahid (fsktm) yang mengirimkan salam serta doa dan Uncle Bai (dari Bangladesh) pesanan yang dikirim untuk membaca al-Fatihah 41x pada yeyerk setelah mendengar berita tentang diri ini cukup membuatkan semakin bertambah lega dengan apa yang ditanggung. Allah sahaja yang mampu membalas segala keprihatinan itu.

Syukran kalian.........


Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Seorang Mu’min adalah ibarat tanaman yang segar & mudah lentur.. dari arah mana angin bertiup, ia akan menundukkan tanaman tersebut.. Tetapi apabila angin berhenti, ia akan berdiri tegak semula.. (umpama seorang Mu’min yang apabila diuji dengan musibah utk mengukuhkan iman dan hatinya, lalu ia tetap bersabar dan teguh).. dan seorang yg jahat (kufur) adalah sepert pohon yang teguh dan tidak berganjak, hinggalah Allah menumbangkannya pada waktu yang Dia kehendaki..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment