Dear Muslimah, protect yourself. You are more precious than a diamond. Don't release your hijab, because you are wonderful. La tahzan, Muslimah. Surely Allah is with us. Be strong. Keep calm and remenber Allah.

Bercinta Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bicara Berhikmah

Entri di atas mungkin ada manfaatnya Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahlan Ya Ayyuhad Dhuyuful Muhtaramun..

Home

Powered By Blogger
KalamNuraz ©19 November 2010. Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
KalamNuraz
And Allah found you lost, and guided you - Quran 93:7 ..................................................................................... Jadilah Hamba yang bersyukur kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah dan tidak meminta melainkan kepadanya. Pesanan Murobbi: Jika kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak beri malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Jika tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu, bukan pahala yang kita perolehi malah bala yang dikecapi.
View my complete profile

al-Bahsu an al-Manafi'

RSS

Konflik Masa


Cuti empat hari for every week from Thursday to Sunday akan ditempuh sepanjang meniti hari untuk final semester kali ini. Empat hari merupakan suatu masa yang cukup lama dan bermacam-macam perkara boleh dilakukan.

Bermula last week saya melalui empat hari tersebut. Entah kenapa saya merasa tidak gembira dengan masa terluang yang telah sekian lama tidak terbentang luas seperti sekarang. Sepatutnya saya perlu gembira dan ceria kerana syarat-syarat kegembiraan itu ada. Kalau dulu, kepenatan yang berpanjangan dengan kesibukan yang menekan di alam kampus hinggakan tiada masa lompong kosong untuk bersantai tidak terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Tetapi kenapa air muka saya masih sedih setelah empat hari cuti yang dilalui? Saya cuba untuk tersenyum, tetapi cermin diri masih mempamerkan raut wajah yang hambar. Saya tidak berniat untuk melukiskan raut wajah itu di hadapan sahabat-sahabat saya terutama pada sahabat rapat sendiri. Tetapi sudah beberapa orang menegur dan bertanya kenapa nampak sedih? ada masalah? penat?

Entah....saya sendiri puas mencari punca. Meneliti satu persatu kotak fikiran dan perasaan. Ada apa yang tak kena dengan saya hari ini. Saya cuba duduk kira-kira setengah jam di belakang bangunan block kediaman. Bermuhasabah mencari penjelasan. Saya amati betul-betul dan cuba mengingat kembali setiap perkara yang saya lakukan setiap hari, di mana cacat celanya? Jauh di benak saya ketika memikirkannya, saya tersentak kerana rupa-rupanya masa kosong yang luas terbentang itu tiada warna. Setiap apa yang saya buat semuanya kelabu tidak bermanfaat. Masa yang sepatutnya perlu diseri dengan menghabiskan sebuah buku, dan tugasan lain, tiada hasilnya. Kosong dan lompong. Masa kosong sepatutnya sangat menenangkan. Tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya. Itulah kedukaan saya.

Al-Hakim dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabdanya:

"Rebutlah lima perkara sebelum lima: Masa hidupmu sebelum mati, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, dan masa kayamu sebelum miskin."

Juga dalam suatu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda:

"Orang Mukmin yang kuat lebih utama dan lebih dikasihi Allah daripada Mukmin yang lemah, dan semua itu ada baiknya. Jagalah baik-baik apa yang boleh memberikan manfaat kepada kamu, dan sentiasalah memohon bantuan daripada Allah, dan jangan bersifat malas! Andai kata kamu ditimpa sesuatu, janganlah katakan 'kalaulah aku buat begini tentulah tidak berlaku', tetapi katakanlah: Allah telah mentakdirkan, dan apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana 'kalaulah' itu membuka pintu untuk campur tangan syaitan."

Setiap penyesalan itu memang selalu hadir terkemudian. Masa lampau tidak akan pernah kembali walau jam di tangan diputar beribu kali. Usah disesalkan apa yang berlaku. Tapi cukuplah kita menyedari bahawa hakikat hidup ini bukan untuk bersenang-lenang, agar tidak terus tenggelam dalam realiti arus duniawi.

Ingin saya kongsikan bersama apa yang menarik dalam kuliah hari ini, lecturer saya ada berkata "Masa itu adalah duit". Sebagai contoh yang terdekat bagi para peminjam PTPTN. Semakin lama mereka tidak melunaskan hutang-hutang tersebut maka semakin meningkat kadar yang perlu di bayar setiap tahun. Inilah hipotesis antara masa dan duit. Membuatkan saya berfikir tentang konflik masa yang sering kita alami sesuai dengan meningkatnya umur kita setiap hari. Perkara semacam inilah membuatkan kita semakin terdesak untuk memikirkan setiap putaran masa yang berlalu. Adakah ianya dilalui dengan penuh manfaat dan memuaskan hingga terus membawa kebaikan dan bukan kemunduran dengan berpaksikan Islam sejati?

Andai kita tidak menghiraukan hal ini dan mengorek sebab-sebabnya, serta tidak pula mencari penawar yang mujarab maka sudah tentu tanpa sedar, akan terbiasa dengan maksiat dan kerja yang salah bahkan menjadi alat kerosakan pada ketenteraman diri dan orang lain. Selepas itu, sudah tentu semakin sukar untuk kita kembali pada jalan kebaikan.

Syukur Alhamdulillah, jikalau dulu Allah memberikan diri ini sebuah kehidupan yang padat, agar jangan lompong kosong muncul di hari Sibuk di Sana, sebagai dosa mengundang binasa.

Sebagai penutup, saya memohon agar Allah membimbing kita semua kepada suatu sikap yang tersemat di dalam sifat kemuliaan dan kebahagiaan. Moga Allah melengkapkan diri kita dengan iman secukupnya, sehingga kita merasakan kemanisan iman itu di dalam hati kita. Moga Allah mengurniakan petunjuk dan kewarasan fikiran atas setiap apa yang kita lakukan, sehingga kita dapat mengenal pasti manfaat daripada perkataan dan perbuatan kita. Juga moga Allah membentuk dari kita suatu umat yang kuat dan kukuh, yang dapat membina kebudayaan, menyebar ilmu pengetahuan, menegakkan kemegahan, meninggikan panji-panji kemuliaan dan kemenangan serta ketinggian yang dirampas juga keutuhan yang jitu. Semua ini tidak mustahil bagi Allah, sesungguhnya Dia adalah tempat permintaan yang paling baik dan tempat harapan untuk mengabulkan segala permintaan.

Nikmati waktumu yang masih ada..Hargai waktumu yang masih tersisa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment